MAIN
ABOUT US
ARTICLES
ACTIVITIES
LINKS

 

CONTACT US

Address:
Institut Kajian Dasar,
No. 48, Jalan Telawi,
Bangsar Baru,
Peti Surat 11109,
59100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Telephone:
(603) 22832788

Fax:
(603) 22832615

eMail:
upp_ikd@yahoo.com


Join our mailing list now! Send an email to subscribe.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sidang Meja Bulat- Kepimpinan Pelajar

3 Nov 2001
Siri Bengkel Kefahaman Politik - Siri 2 4-5 Ogos 2001
Bengkel Belia dan Demokrasi 26th Mei 2001
“ISA : Dari Perspektif Hak Asasi Manusia” 5th Mei 2001
"Intellectual Enrichment Discussion" with Sdr. Khalid Jaafar 7 April 2001
Siri Dialog bersama Tokoh - Saudara Rustam Sani 17th Mac 2001
Siri Bengkel Kefahaman Politik - Siri 1 10-11 Februari 2001

 

 


 

 

 


Siri Bengkel Kefahaman Politik - Siri 1
(10-11 Februari 2001)

Siri Bengkel Kefahaman Politik Siri 1 ini merupakan satu-satunya program yang menjadi batu asas dalam objektif penubuhan UPP iaitu untuk menyediakan barisan pemimpin dari golongan muda. Siri Bengkel ini dianjurkan sebagai satu kursus kepimpinan dan pengisian buat golongan muda yang berminat.

Tarikh: 10-11 Februari 2001

Tempat: Pusat Latihan Abim, Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Peserta: 60 orang Siswa dan belia

 

 

 

Siri Dialog bersama Tokoh - Saudara Rustam Sani
(17 Mac 2001)

Siri Dialog bersama Tokoh dijalankan secara tidak formal ini bertujuan untuk mengisi pengetahuan dan pemahaman golongan muda mengenai isu-isu berkenaan politik, ekonomi, sosial dan agama. Tokoh-Tokoh yang merupakan pakar dalam profesion masing-masing dijemput untuk membincangkan isu-isu berbangkit dalam suasana tidak formal.

Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan tokoh, pimpinan dengan golongan muda. Dialog ini diadakan setiap bulan terutamanya di kampus-kampus IPT.

[More...]

 

 

 

Siri Forum Perdana - "ISA: Dari Perspektif Hak Asasi Manusia"
(5 Mei 2001)

Forum Awam Perdana bertujuan untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada orang awam berkenaan isu-isu penting yang melanda negara dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama. Forum Awam seperti ini diadakan setiap bulan dan pakar-pakar dalam bidang masing-masing dijemput untuk mengupas isu-isu yang ingin diutarakan dan diketengahkan.

Tarikh: 5 Mei 2001

Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor

Jemputan: Tan Sri Harun Hashim (SUHAKAM), En. R Sivarasa (SUARAM) dan Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek (bekas tahanan ISA).

Kehadiran: 78 orang

[More...]

 

 

 

Bengkel Belia dan Demokrasi
(26 Mei 2001)

Siri Bengkel ini merupakan salah satu kursus kepimpinan yang dianjurkan bersama-sama dengan organisasi belia yang lain. Ini penting untuk membolehkan interaksi diantara organisasi belia dan juga integrasi nasional lebih mantap. Bengkel ini merupakan satu forum yang diadakan setiap tahun dan perbahasan dan pendebatan akan menghasilkan resolusi yang akan diterbitkan untuk menjadi panduan dan rujukan.

Tarikh: 26 Mei 2001

Tempat: Hotel Impiana, Kuala Lumpur.

Peserta: 50 orang siswa dan belia dari UPP dan DEMA

[More...]

 

 

 

Siri Bengkel Kefahaman Politik - Siri 2
(4-5 Ogos 2001)

Siri Bengkel Kefahaman Politik Siri 2 ini diadakan bagi meneruskan program Siri 1 sebelum ini. Bagi Bengkel kali ini, pengkhususan adalah lebih merujuk kepada perspektif perlembagaan. Proses perubahan politik harus berakar kepada kesedaran yang tinggi dan mendalam.

Tarikh: 4-5 Ogos 2001

Tempat: Hotel Impiana, Kuala Lumpur.

Peserta: 50 orang siswa dan belia

[More...]

 

 

 

Sidang Meja Bulat Kepimpinan Pelajar
(3 November 2001)

Program satu hari ini diadakan memandangkan kepada situasi pergerakan pelajar yang kini semakin lesu. Ia diwujudkan dalam usaha untuk menjana semula semangat generasi muda dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran.

Tarikh: 3 November 2001

Tempat: Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI) Sri Rampai, Kuala Lumpur

Tema: Halatuju dan Masa Depan Kepimpinan Pelajar

Peserta: Pimpinan Pelajar IPTA dan IPTS

[More...]

 

 

©2001-2002 UPP-IKD website All rights reserved
Contact webmaster for further details