MAIN
ABOUT US
ARTICLES
ACTIVITIES
LINKS

 

CONTACT US

Address:
Institut Kajian Dasar,
No. 48, Jalan Telawi,
Bangsar Baru,
Peti Surat 11109,
59100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Telephone:
(603) 22832788

Fax:
(603) 22832615

eMail:
upp_ikd@yahoo.com


Join our mailing list now! Send an email to subscribe.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEJARAH PENUBUHAN
HISTORY

Unit Pendidikan Politik (UPP) telah ditubuhkan pada 19 Oktober 2000 sebagai satu payung dibawah Institut Kajian Dasar (IKD). Ia bertujuan untuk menjadi landasan yang sah untuk mengetengahkan pandangan dan aspirasi golongan muda.

UPP ditubuhkan berasaskan inisiatif anak-anak muda yang pernah terlibat dalam program-program IKD sebelum ini. Unit ini mensasarkan penyertaan daripada pelbagai golongan yang berbeza latar belakang, dalam atau luar negara, kepercayaan, kumpulan-kumpulan gerakan berbagai agama and lain-lain lagi. Ia juga membuka penyertaan kepada semua kaum.

UPP juga ditubuhkan untuk menegakkan asas-asas dan prinsip-prinsip demokrasi, hak asasi manusia sejagat serta memberikan penerangan dan pendidikan berkenaan politik, ekonomi, sosial dan agama. UPP berpendapat, golongan muda perlu diberi pengisian dan pendidikan dalam melahirkan generasi pemimpin yang berprinsip, punya wibawa dan kredibiliti. Ahli-ahli UPP dengan mandat kepada Jawatankuasa UPP akan mencorakkan dan menggerakkan organisasi ini menurut cita rasa dan aspirasi golongan muda tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak.


These past years have witnessed a tremendous upsurge of awareness on issues pertaining to justice, the struggle for liberty and democracy among our society as a whole, and, the nation's younger generation in particular. And history has demonstrated how powerful youths are in creating substantial change in society.


This awareness must be seen as an important asset as it inculcates a sense of accountability and transparency within oneself, hence, molding true future leaders that are committed towards creating a democratic and free Malaysia and opposed to any manifestation of authoritarianism, corruption and abuse of power. In realization of this very fact, Institute for Policy Research has formed the Political Education Unit (UPP) on the 19 October 2000.

 

OBJEKTIF
OBJECTIVES

Untuk menjadi satu organisasi yang mewakili golongan muda dari segenap lapisan tidak mengira kelulusan pelajaran, pekerjaan, kaum mahupun agama. UPP juga berhasrat untuk menjadi sumbe informasi dan sumber rujukan untuk menentukan dasar-dasar dan polisi kerajaan khusunya yang melibatkan kepentingan masa depan generasi muda.


  • to organize and coordinate programs which are based on political education
  • to upkeep and manage information on activists network and political education module
  • to form network of working groups supporting political education
    to advance the cause of democracy and to disseminate the idea of democracy not only as a political process but more importantly as a universal value
  • to inculcate leadership values among youths and to enrich them with a more critical and analytical mindset
 
KUMPULAN SASARAN
TARGET GROUP

i. Pelajar

Siswa di universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan komponen yang terpenting sekali dalam UPP. Siswa Malaysia di luar negara juga penting sebagai satu kumpulan sasaran UPP. Menyedari akan pentingnya peranan siswa sebagai satu suara 'alternatif', siswa harus memainkan peranan untuk mencorakkan dasar dan polisi negara lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan golongan pelajar dan golongan muda.

 

ii. Belia

Golongan ini yang berusia di bawah 35 tahun dan telah melepasi alam pengajian merupakan pelengkap dalam generasi muda. Golongan ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan status ekonomi turut merupakan komponen penting UPP atas pengetahuan, kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang tugas profesion mereka.


UPP-IKD concentrates its efforts and activities around a specific target group. The primary target group are divided into two; the first are the undergraduates from local and foreign Universities and Colleges (Government and Non-Government); and second are young graduates from various background around the age of 30 and below.

 

 
STRUKTUR ORGANISASI
ORGANISATION STRUCTURE

UPP merupakan satu badan di bawah pentadbiran IKD. Jawatankuasa UPP dengan keputusan majoriti, berkuasa penuh untuk mengubah Peraturan Pentadbiran UPP. Ahli-ahli pada Perhimpunan Agung yang diadakan setiap tahun akan melantik:

a) Seorang Pengerusi
b) Seorang Naib Pengerusi
c) Dua orang Setiausaha
d) Seorang Bendahari
e) 7 orang ahli Jawatankuasa


UPP is a unit under IKD administration. Exco members in UPP have the right to change the policy of UPP.

a) Chairman
b) Deputy Chairman
c) Two secretaries
d) Treasurer
e) 7 committee members

Click here to view the organisational structure

 

©2001-2002 UPP-IKD website All rights reserved
Contact webmaster for further details