Make your own free website on Tripod.com

Generasi baru, Politik baru?

Budak PJ (Petaling Jaya) yang suka lepak di kedai kopi dan juga di Coffeebean, di KLCC serta di kedai mamak. Yakin bertutor dalam bahasa Malaysia ataupun Inggeris. Tak suka menonton TV selain rancangan sukan dan bercita-cita menjadi peguam pada satu hari ketika. Tapi jiwa disebalik badan kecil dan senyum yang lebar ini agak luas. Nik Nazmi Nik Ahmad adalah editor laman dwibahasa yang baru dilancar. SuaraAnum.com adalah majalah web bulanan khususnya untuk orang muda tetapi dengan satu kelebihan. Ia diusahakan oleh orang muda. Wartawan Radiq Radio, Sharaad Kuttan, sempat berbincang dengan dia tentang matlamat inisiatif Unit Pendidikan Politik, Institut Kajian Dasar.

Sharaad: Bolehkah jelaskan apa itu projek Anum?

Nik Nazmi: SuaraAnum merupakan satu projek independen. Ia merupakan sebuah majalah web atau webzine daripada penulis-penulis muda yang percaya tentang perubahan. Dan kami merasakan sekarang kekurangan platform untuk orang muda meluahkan pandangan dan perasaan mereka mengenai isu-isu semasa di negara kita.

Sharaad: Apakah ilham untuk projek ini?

Nik Nazmi: Saya rasa saya dapat inspirasi dari Al-Wasilah yang diharamkan dan juga daripada Tone magazine. Tetapi saya bukannya ingin menjadikan SuaraAnum ini sebagai replika bulat-bulat kepada kedua majalah tersebut. ....Tetapi saya rasa keistimewaan SuaraAnum adalah penulisnya sendiri adalah sama umur dengan target audience mereka. Maka saya rasa projek ini adalah projek yang sebelum ini belum diterokai oleh mana-mana majalah magazine ataupun website.

Sharaad: Apakah isu-isu semasa yang lebih diminati orang muda untuk berdialog atau berdiskusi.

Nik Nazmi: Saya ingat orang muda sebagaimana semua orang Malaysia minat berdiskusi tentang politik. Cuma mereka mungkin samada kurang berani atau kurang yakin tampil kehadapan dengan pandang-pandang mereka. Tetapi SuaraAnum kita sentuh berbagai isu seperti tragedi September 11 di Amerika Syarikat, isu antara liberal Islam dan conservative Islam, isu tentang perkauman di Malaysia. Dan saya rasa isu-isu sebenarnya ada minat dikalangan orang muda, cuma orang muda sebelum ini lebih banyak dihidangkan, mereka banyak dikatakan menumpu perhatian mereka terhadap mungkin, cuba menjadi kaya, hiburan dan sebagainya yang mungkin kurang serius.

Sharaad: Nampaknya anda tidak ada masalah keyakinan. So kenapa, sebagai seorang individu, anda dapat berkembang dan menjadi begitu matang walaupun baru 19 tahun?

Nik Nazmi: Saya rasa saya sama orang muda lain. Dan mungkin keyakinan ini ... kita kena ada semangat, kita tak boleh ada perasaan takut. Saya rasa kalau kita takut memang kita tak boleh buat apa-apa. .... Orang muda biasanya takut akan kesan-kesan apa mereka lakukan. Tapi saya rasa sebenarnya tiada apa banyak yang perlu ditakuti dan kita perlu membuang perasaan takut sebab jika kita fikir tentang masa hadapan rakyat Malaysia secara keseluruhannya bukan masa depan individu sahaja. Dan saya rasa kita kena ada perasaan ingin mencuba. Dan sekiranya kita berani mencuba saya rasa keyakinan itu akan datang secara semula jadi, natural.

Sharaad: Apakah content dalam isu pertama majalah anda?

Nik Nazmi: Contentnya ... kami menghidangkan artikel dalam bahasa Inggeris dan juga dalam bahasa Melayu. Ada artikel mengenai September 11, ada artikel mengenai pelajar Cina di New Zealand, bagaimana beliau menghadapi stereotaip disana, ada artikel dari Nurul Izzah mengenai bapanya saudara Anwar Ibrahim, ada juga artikel daripada CK Tan misalnya, menceritakan tentang masalah dikalangan pihak-pihak conservative dalam setengah-setengah agama. Misalnya beliau menceritakan tentang agama Buddha. Dan kami juga memuatkan cerpen Uthayashanker SB.

Sharaad: Apakah kaitan IKD dengan SuaraAnum?

Nik Nazmi: Secara specificnya saya akan cakap lebih pada Unit Pendidikan Politik iaitu sebuah think tank dikalangan belia yang ditubuhkan oleh IKD. Sebenarnya walaupun apa setengah pihak mahu kaitkan kami dengan pihak-pihak tertentu tetapi kami mempunyai tujuan untuk mempromote atau untuk menyebarkan politik baru yang tidak semestinya partisan. Dan UPP sendiri ingin menjadi satu platform kepada orang muda yang percaya akan perubahan, yang inginkan perubahan tetapi tak mahu atau mungkin berasa agak takut terlibat dalam politik kepartian. So kami lebih merupakan sebagai sebuah NGO. Yang ingin menyebarkan tentang ide-ide tentang demokrasi, kebebasan, dialog antara agama dan sebagainya.