First Speaker : Sdr. Shabrimi


Terima Kasih kepada En Khalid Jaafar
Sekarang saya ingin menjemput En Ahmad Shabrimi Mohd Sidek untuk memberikan ucapan. Beliau adalah seorang peguam dan seorang bekas tahanan ISA. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung PKPIM dan adalah seorang peguam. Beliau ditangkap dan ditahan di dalam ISA pada September 1998. Sekarang dipersilakan.


Bismillahirrahmanirraheem
Assalamualaikum warahmatullahita’ala wabarakatu dan salam sejahtera. Yang bahagia saudari pengerusi, Tan Sri Harun, saudara Khalid Jaafar selaku penganjur, saudara Sivarasa yang boleh saya katakan banyak menunjuk ajar saya dalam mendidik jiwa aktivism. Saudara-saudari sekalian.
Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa saya sekarang ini dalam dilema yang cukup besar, sebab dihadapan saya tentunya seorang guru saya, Tan Sri Harun sendiri yang merupakan, of course kalau nak debate in law, dialah champion-nya. Kemudian disebalik beliau pula, selepas ni, adalah saudara Sivarasa, champion dalam lawyer untuk human rights, so saya rasa saya terlalu kerdil untuk bercerita depan saudara- saudari pada hari ini.
Mungkinlah, satu-satunya kekuatan yang boleh saya kongsikan adalah di belakang nama saya, Ahmad Shabrimi bin Mohammad Sidek, belakang itu ada ‘ISA’. That’s the only advantage yang saya ada yang mungkin tak ramai bercita-cita nak dapat advantage macam nilah. Jadi saya punya narration ini lebih kepada, yang saya nak bincangkan pada hari ini adalah lebih kepada “sharing experience”- untuk nyatakan dari segi personal experience – jauh mana sebenarnya ISA ini dipergunakan dan disalahgunakan. Dan kemudian untuk saudara-saudari hurai sendiri, sama ada ISA ini lulus ujian litmus test sebagaimana yang dikatakan oleh saudara Khalid tadi.

Saudara-saudari, pada sepanjang penglibatan saya pada September 1998 itu, apabila saudara Anwar dikenakan dengan suatu bala yang cukup besar, pada masa itu saya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kebangasaan Pelajar Islam Malaysia -Apa yang kami cuba ketengahkan adalah satu sudut yang berbeza daripada yang diketengahkan kepada public. Apabila saudara Anwar, pada kami, teraniaya, kami nampak pada masa itu, dan kami percaya dengan sungguh keyakinan bahawa dia teraniaya, apa yang kami buat pada masa itu adalah mengetengahkan suatau pandangan yang berbeza daripada media mainstream. Sebab tidak ada orang nak “take up” this issue daripada sudut pandangan saudara Anwar sendiri. He’s alone at that time. So kami keluarkan suatu majalah, boleh dikatakan majalah, untuk ahli-ahli kami, untuk pelajar sebenarnya, yang kami namakan sebagai Suara Mahasiswa. Dan benda tu, entah macam mana jadi meletup. Seluruh negara boleh terima benda tu dan kami menggunakan rangkaian aktivism/ aktivis kami untuk mengedarkan ke seluruh negara, sampai, per day, kadang-kadang sampai berpuluh ribu kami punya issues of Suara Mahasiswa. Buat kerja macam… saya pun tak tahu sampai macam mana kita punya mechanism dengan semuanya pelajar, masih sekolah, masih belajar, tiba-tiba boleh edar pun.. Alhamdulillah ..makna menyeluruh. Jadi masyarakat pada masa itu sampai dapat suatu pandangan yang berbeza dan bila pandangan yang berbeza itu, tentulah pandangan itu mendapat sambutan yang sedikit hangat berbanding dengan pandangan daripada akhbar-akhbar harian.

Kami keluarkan Suara Mahasiswa,dan kami ketengahkan bahawa saudara Anwar tidak bersalah (…) belum dibutktikan di mahkamah yang adil. Itu sahaja the message yang kami bawakan. Dan kami bawakan bahawa beliau tidak harus dibuang sebegini rupa. Perlu ada prosesnya yang tertentu. Kalau nak matikan dia dari segi politik biarkan kami, kami… maknanya biar political gain to take over. Tapi jangan menggunakan instrumen-insrumen kerajaan untuk menekan… dan akhirnya membantukan seluruh sistem undang negara. Itu sahaja message yang kami berikan…maknanya kami percaya bahawa sistem yang ada dalam kerajaan pada masa itu adalah masih lagi relevan, masih lagi baik dan kami suruh supaya pihak kerajaan kembali kepada sistem itu yang telah dibina sekian lama oleh rakyat kita.

Now pada 20 haribulan, bila dilihat sebagai beberapa pertubuhan ini adalah satu ancaman yang cukup besar, bermulalah penangkapan. Saudara Anwar ditangkap 20, 21 mereka mula menangkap. Dan tangkapan pertama kalau tidak silap saya adalah ABIM, dan empat orang ahli ABIM dimana pada masa itu, mereka bermesyuarat. Mesyuarat and then empat orang exco-exco tertinggi ABIM ditangkap. Padahal masa itu kami semua tengah mesyuarat, saya pun ada dalam mesyuarat itu. Nak cerita.. polis ni dia tak tahu pun siapa yang dia target. Dia dah target dah masa tu saya tapi dia tak tahu pun, yang dia tahu dia datang nak tangkap orang ABIM, so dia tengok sini nama, “Ah ni nama orang ABIM” so dia tangkap orang ABIM. Itu sahaja. Saya dengar saudara Ezam pun, (…) tapi saudara Ezam kata dia ni driver Ezam, so dia orang tak tahu itu siapa, ah lepas sahaja. So.. its how awkward.. benda ini bukanlah berdasarkan- bukan ada apa-apa bukti, mereka menangkap bukan ada apa-apa persandaran. Just.. rasa bahawa dia ni, bahaya ni…Saya ditangkap sebab saya jadi editor suara Mahasiswa itu. Dia orang kata “Dia ni editor Suara Mahasiswa… bahaya ni”…so , tangkap sahaja. Now, kami buat kerja pun, bukannya ada bukti-bukti betul-betul… bukannya ada sandaran apa-apa… dia orang datang dengan nothing. Nothing. Saya ditangkap masa itu selepas beberapa siri, lepas first sekali dia tangkap peringkat ABIM, dan saya sempat bermesyuarat dengan beberapa kumpulan dan Alhamdulillah selepas saya ditangkap Gerak tertubuh.

Tapi nak cerita satu perkara yang cukup memalukan kepada saya, iaitu penangkapan presiden PKPIM pada masa itu. Saudra Anwar buat gerakan besar-besaran pada 20 hb di Dataran Merdeka. Pada masa itu, 20 hb, saudara Ahmidi (presiden saya tu), beliau mengada majlis perkahwinan …so imagine majlis perkahwinan- of course pengantin hari tu ada di Pahang. Majlis perkahwinan di Kuantan, Pahang …di Pekan sorry. Saya pergi di sana, malam itu bila kami balik, saudara Anwar dah kena tangkap, malam itu juga, pukul 12 malam Ahmidi ditangkap atas dasar menggugat keselamatan negara. Padahal baru kahwin…kahwin tapi boleh menggugat keselamatan negara. Hebat. Dan pada saya, benda ni kalaulah dari segi penangkapan itu sendiri boleh tengoklah- suadara-saudari boleh uji sendiri sama ada benda ni pass the litmus test. Kahwin tetapi dikatakan menggugat keselamatan negara. Dia tak ada pun di Dataran Merdeka.

Now, penangkapan saya dua hari lepas tu bila saya tengok, kertas, mereka berikan kertas kepada saya ..kata- di tangkap bawah ISA seksyen sekian sekian, di buat C kat situ: telah menggugat keselamatan negara. Ku kata “Oh hebatnya aku” Menggugat … telah menggugat. Orang lain ingatkan mungkin… tapi saya telah menggugat. Now, saya ditangkap dan pegawai yang menangkap saya dia katakan, dia kata “Kamu, Ahmad Shabrimi di tangkap dibawah Akta Keselamatan Negara dan saya dengan ini menarik segala hak kamu sebagai rakyat Malaysia.” Now, I know when ISA because that time I was, because masa tu saya student –law- Saya berkata “Allah hai apasal lah aku belajar law dulu. Aku tahu bahawa ISA – I got no rights whatsoever.

Ditangkap, dibawa ke rumah saya, digeledang, barang-barang di rampas. Bawa ke pejabat saya, barang-barang dirampas, kemudian dibawa ke balai polis di mana lepas tu mereka strip saya kemudian bawa pakai dipakaikan baju balik dan dibawa dengan satu van dengan ugutan yang cukup keras. Kita dahlah dalam keadaan takut… berapa kali nak minta dengan dia nak pergi tandas dah ni. Takut ni. Berapa puluh… dua puluh tiga dah kena ISA… takut. Tak boleh diri dah. Tiba-tiba datang pula diorang tu, tangkap dengan keras, pakaikan saya dengan spek hitam. Tak nampak apa-apa. Bawa dalam van . “ Jangan tanggal spek tu…tanggal tu mampus engkau …mati engkau” Macam tulah ugutan, sepanjang dari van tu ugutan demi ugutan diberikan. Sampai di pusat tahanan yang saya tak tahu di mana, again kena strip, kemudian pakai baju penjara. Saya nak minta izin saya nak pakai baju penjara itu dengan kain yang saya bawa sekali pun tak diberikan. Kena strip depan tu, and then dipakaikan spek hitam dan kemudian dibuka hanya apabila saya dalam sel.

Sel bukan macam sel biasa. Bukan sel yang berjaring yang kita boleh bercakap dengan orang depan, kiri, kanan, belakang tak ada. Sel hanyalah muat-muat untuk kita dalam lapan kali lapan macam tu. Ada tandas satu yang mana kita sendiri kena bersihlah…tandas tu pun dah berapa tahun tak guna saya pun tak tahu. Mungkin yang saudara Anwar dulu punya legacy ada lagi dan saya kena bersihkan apa semua. Kemudian, bersihkan sel tu… memang sel tu betul-betul four walls, semen semata-mata. Ada pintu satu, pintu besi yang cukup tebal, ada lubang besar ni aje. And that’s it. Kalau dia nak bagi makan dia buka di bawah tu, kalau tidak kita duduk bercakap seorang seorang didalam semen tu. So just imagine what kind of treatment, apa rasa pada masa itu. Kita tak jumpa dengan suatu kehidupan pun – lipas pun tak da, tikus pun takda nak bercakap- tak boleh bercakap dengan orang, dan kita dibiarkan di situ. Bukan macam biasa.

Kemudian start daripada esok tu bermulalah siri-siri tortures. Ada tiga group interrogators. Interrogators ni datang dengan pelbagai cara. Ada yang datang dengan cara yang baik – nak just nak melt us down. Ada yang memang datang kekerasan, guna bahasa yang kesat-kesat. Sampai pukul apa semua. Ada yang debate. Ada yang cuba serupa challenge kita punya intellectual. Walaupun saya rasa tak lah ke cabar mana. So ada yang akan challenge kita punya knowledge in law. Yang again saya rasa- taklah secabar mana- tapi saya rasa biarlah dia menang, kan? Anyway, we are at the mercy of our torturers kan? So eveveryday that’s the routine, which is very tiring, sebab everyday bila kembali kepada sel, kerja kita nak meditate balik nak cari strength, nak cari strength untuk jumpa balik esok.

Dan interrogation ini bukan nak cerita tentang apa jenayah yang kita buat, saya tak tahu pun apa jenayah yang saya buat. Saya kata kalau betul saya buat jenayah, ada malicious, ada apa just… pergilah saman saya kat court. Bawa saya kedalam court, lepas tu… ya lah, let me go through the real trial. Apa yang salah sangat saya nak cakap macam tu- nak suruh the whole process kembali ke mahkamah semua? Apa salah sangat? Tapi takde mereka terus menekan, dan mereka menyerang saya personally, semata mata terhadap kepercayaan saya terhadap saudara Anwar. Saya kata saya tak kenal saudara Anwar ni. Tapi diaorang cakap lah, the way they put it, Anwar, to me, totally sebagai seorang yang tak sembahyang. Ada satu hari tu saya keluar “Eh teruknya Anwar, teruknya aku, betul ke ni” Pening kita… tak sembahyang.. maknanya orang yang memang buruk seburuk-buruknya. Makananya the whole process of interrogation tu bukannya nak proof bahawa kita dah lakukan jenayah… tidak…The whole process adalah nak menggugat kepercayaan kita. The whole process adalah nak tainted the image of that person. And I’m trying to be objective. Tapi itulah saya rasa kesimpulan saya daripada interrogation yang saya dapat.

The whole process cuma untuk provekan bahawa Anwar ni corrupt, Anwar ni jahat dah tak berguna, tak boleh kita ikut sampai kita rasa seolah-olah menyesal untuk defend dia in any way. Kemudian bila,… saya rasa saya bernasib baik sebab saya dikenali sebagai budak, so pada masa interrogation tu, at the peak of the interrogation tu saya buat seolah saya menyesal because nasib baik lah sebelum masuk ISA tu saya dah baca buku ‘Tersungkur di Pintu Syurga’, so dalam buku ‘Tersungkur’ tu saya rasa dia tulis “ Before they crack you, let us macam pretend that you’re cracked… before you’re really cracked” So apa yang saya buat, saya buat seolah-olah menangis and practically I put my head dekat meja, saya letak air liur dah letak sini… macam menangis. So that’s practically what happened. And lepas tu, lepas diaorang dah buat segala macam tu, dia suruh saya tulis surat sikit malah menyesal apa semua.. ditulis, dan dibebaskan. Tapi itulah the (…) of ISA.
Saya mungkin, saya dapat ni mungkin pengalaman saya sedikit apa nama… saya bernasib baik sebab tak banyak, sebab mereka anggap saya ni pelajar naïve yang tak tahu apa dan saya boleh berselindung sebab saya ni orang muda yang belajar, yang masih lagi belajar. Tapi saya dengar kawan-kawan yang lain, Malek contohnya, dipukul sampai pengsan dan orang lain yang saya dengar memang teruk melalui experience yang cukup menakutkan. Sebab tu tak hairan kalau keluar keluar kata senyap, terdiam tak tahu nak buat apa …sebab itu ISA. Dan I believe kalau ISA boleh buat seorang yang berani berjuang jadi senyap, I believe ISA boleh jadikan seorang yang tak tahu apa ( yang naïve) tiba tiba mengaku jadi mangsa seksual segala-gala macam. ISA can do that. Because it’s the manipulation that’s being done through that process – memang open- the torturers can do anything to the detainees. Saudara-saudari sebagai mengakhiri, saya percaya bahawa process undang-undang kita dah cukup lengkap- kita ada proses- kalau misalnya seorang terlibat dalam jenayah, dia ada tahan dalam reman, dia boleh tahan untuk mencari saksi/ mencari bukti, tapi dengan cara yang betul… dia ada 117 dan segala maca dalam…(…) terlampau baik. Tapi benda tu, melalui ISA, everything is dikecualikan. Everything dikecualikan dan detainees totally at the mercy of the torturers dan orang yang report benda tu.

So kita tengoklah, saya boleh imagine sepuluh sepuluh orang sekarang ni memang betul-betul berdoa bahawa terbukalah hati penyeksa penyeksa mereka tu untuk melepaskan mereka selepas enam puluh hari. It depends on the report yang dia submit kepada the higher authority. Dah lepas enam puluh, masuk ke mahkamah jawabnya mungkin next two years baru kita boleh jumpa dia orang… kalau bernasib baik. Saudara-saudari, ISA, kalau mengikut saudara Sulaiman (Sulaiman Abdullah, the ex-chairman of Bar Council), dia kata dia telah handle satu kes di mana dia dapat satu affidavit, dia dah prepared satu affidavit yang (…) by Tun Hussein Onn, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa ISA pada ketika mereka susun ISA tu, adalah untuk kegunaan kepada komunis semata mata. Sebab pada masa tu ancaman komunis terlalu besar. Dan pada masa mereka, mereka menggunakan undang-undang ISA semata mata untuk komunis. Tapi affidavit itu tak boleh guna sebab kes itu, kalau tak silap saya saudara Chandra Muzaffar telah dibebaskan sebelum affidavit itu di tender into court. Dan saya rasa sekarang ini untuk deal dengan ISA bukanlah tugas lawyer sangat, because ISA had done a very, apa nama, dah secured dah maknanya through ISA, police can do anything to the detainees. Tapi now, nak abolish ISA adalah melalui pressure rakyat kepada parlimen…pressure rakyat kepada law makers. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.