Introduction by Sdr Khalid Jaafar

Bismillahirrahmanirraheem
Alhamdulillahirabbil’aalameen
Wassalatuwassalamu ‘ala asyrafil anbiya-I-walmursaleen
W ‘ala aalihi wasahbihi ajma’een
Assalmualaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Yang berusaha En Khalid Jaafar, pengarah Institut Kajian Dasar
Kepada barisan para jemputan – Yg Bahagia Tan Sri Harun Hashim, Pesuruhjaya Tinggi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, yang dihormati En Sivarasa Rasiah, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Yg berusaha Sdr Ahmad Shabrimi bin Mohd Sidek, bekas Setiausaha Agung PKPIM, terima kasih kerana sudi hadir menjayakan majlis kita pada hari ini. Tidak lupa juga para hadirin dan hadirat yang di kasihi sekalian. IKD mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih keatas kedatangan dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan.

(…) Kita sedia maklum mengenai isu semasa di mana sepuluh orang pihak pembangkang dan aktivis telah ditahan dibawah ISA. Kami mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan dari barisan panel kita mengenai isu ISA dari perspektif hak asasi manusia. Dengan penjelasan yang akan disampaikan kami berharap tuan-tuan dan puan-puan akan dapat membincangkan isu ini, dan dapat membantu menyebarkan maklumat mengenai ISA dan hak asasi manusia.
Dengan tidak membuang masa lagi, saya menjemput pengerusi IKD, En Khalid Jaafar untuk memberikan sepatah dua kata.
Silakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saudari pengerusi majlis, saudara ahli panel, seterusnya para hadirin sekalian.

Bagi pihak Institut Kajian Dasar, saya mengalu-alukan kedatangan saudara- saudari sekian ke majlis forum mengenai ISA dari perspektif hak asasi manusia anjuran Unit Pendidikan Plitik- Institut Kajian Dasar. Unit Pendidikan Politik IKD merupakan satu unit dibawah IKD yang bertujuan untuk melaksanakan wacana awam (public discourses) dalam bentuk forum, seminar, dan penerbitan untuk meneroka dan menampilkan kepada masyarakt awam isu-isu kenegaraan, isu-isu hubungan antara rakyat dan pemerintah, isu-isu hubungan dan fungsi institut awam dan sebagainya Kita yakin bahawa isu-isu awam harus ditanggapi melalui apa yang disebutkan oleh philosopher Karl Popper sebagai critical reason iaitu pemikiran rasional dan kritis, kerana hanya melalui pemikiran rasional dan kritis, kita dapat melihat kelemahan, kepincangan dan kecacatan, institusi-institusi awam yang sedia ada dan mencari jalan untuk mengatasi kecacatan tersebut. Kita melihat “critical reason” atau pemikiran rasional kritis alat untuk mencari kelemahan, kepincangan dan kecacatan kerana kita tahu bahawa tidak ada masyarakat yang sempurna baik dahulu, sekarang, mahupun akan datang. Dan kita semua tahu… dan tugas kita adalah untuk mengatasi dan menghilangkan kecacatan tersebut. Dan kita semua tahu bahawa masyarakat berubah – perubahan membawa masalah yang baru yang perlu diatasi. Maka masyarakat yang tidak bersedia untuk membuat perubahan atau reformasi akan membiarkan masalah dan kepincangan berkumpul dan (…..) atau “accumulate” meningkatkan ketegangan yang kemudiannya berakhir dengan ledakkan. Jadi penyelesaian untuk melegakan masyarakat dari ketegangan adalah dengan menjalankan permanent reform atau reformasi yang berterusan. Dalam sejarah moden, terdapat dua jalan dalam menangani tuntutan terhadap perubahan dan respon pihak yang berkuasa terhadap tuntutan tersebut dan akibatnya pada masyarakat.

Model yang pertama adalah model Perancis dalam abad ke-18 dimana tuntutan terhadap perubahan dijawab oleh Oseolgoi atau … dengan tekanan yang lebih kuat dan represif maka ketegangan masyarakat bertambah dan kita semua tahu akan akibatnya, iaitu Revolusi Perancis. Revolusi Pernacis tidak berakhir disitu sahaja bahkan ia menjadi ibu kepada pelbagai jenis revolusi dalam dunia selepas itu.

Model kedua adalah model Inggeris dimana tuntutan kepada perubahan dan kebebasan membawa pembatasan kepada kuasa mutlak raja – perubahan sosial, ekonomi dan undang-undang. Dan semua ini berlaku sejak abad ke-17 lagi masyarakat ini tidak membiarkan ketegangan “accumulate” atau bertimbun menjadi gunung berapi. Dengan memilih jalan continuous reform masyarakat Inggeris dapat mengelakkan tragedi Revolusi Perancis. Tradisi Inggeris ini mempunyai pengaruh yang besar dalam pemikiran politik Malaysia baik secara sadar muhupun secara tidak sadar. Maka kita berharap “critical reason”, pemikiran rasional kritis akan diberikan peluang dan ruang sepenuhnya, agar kita dapat melihat kepincangan dan berusaha mengatasinya. Yang hendak kita capai bukan sahaja satu masyarakat yang maksub, masyarakat yang tidak punyai cacat cela ataupun satu utopia. Itu dalah satu matlamat yang mustahil dicapai, justeru itu tidak boleh dijadikan matlamat. Matlamat kita harus lebih munasabah dan boleh dicapai iaitu untuk mencapai satu masyarakat yang mempunyai cacat cela tetapi cacat cela yang boleh dimaafkan- a society with tolerable imperfections.

Para ahli panel dan saudara-saudari sekalian, lebih dari 200 tahun yang lalu filosof agung, Emanuel Khan menulis satu risalah yang sungguh pendek tetapi memberikan takrifan yang paling tepat dan jitu terhadap semangat zaman moden. Menjawab soalan “Apa itu enlightenment?” / “What is enlightenment?” , beliau menulis: “Enlightenment is man’s emergence from self- incurred immaturity. This immaturity is self incurred – it in course is not lack of understanding but lack of resolution and courage to use it without the guidance of others. For enlightenment of this kind, all that is needed is freedom. And the freedom in question is the most innocuous form of all. Freedom to make public use of one reason in all matters.”

Pada petang ini Unit Pendidikan Politik-IKD menganjurkan forum ini agar kita menggunakan akal rasional dan kritis untuk pandang rapi dan menyoroti salah satu undang-undang negara yang palig kontroversial. Undang-undang harus munasabah. Ini merupakan doktrin undang-undang yang belum diungkapkan secara jitu oleh pengamal undang-undang negara. Kita tidak boleh menerima justifikasi undang-undang atau legitimasi undang-undang sekadar ianya diluluskan oleh parlimen. Jika benar seperti yang disebut oleh serang pemikir semasa yang menyatakan bahawa “Law is the expression of public reason”. Maka undang-undang harus lulus ujian kemunasabahan. Maka gunanya forum pada petang ini ialah adakah undang-undang ISA ini lulus kepada “litmus test” public reason ataupun common sense.

Sebelum sya mengakhir ucapan saya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli panel yang sudi hadir pada petang ini, khususnya Tan Sri Harun Hashim, seorang yang punya sejarah perjuangan yang begitu lama yang tidak perlu kita perkenalkan dan saudara Sivarasa seorang peguam hak asasi manusia dan juga seorang aktivis pelajar dan juga seorang mangsa ISA, saudara Shabrimi, dan juga tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana hadir pada petang ini untuk sama-sama ikut serta dengan public discourse yang dianjurkan oleh IKD. Kepada adik-adik UPP_IKD saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana berusaha menjayakan perdebatan dan juga forum ini. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.